BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 4, 2010

DETIK2 PENGAKHIRAN

alhamdulillah sudah 13minggu aku menjalani latihan mengajar di SMK(L) methodist sentul...

DETIK2 PENGAKHIRAN

alhamdulillah sudah 15minggu aku menjalani latihan mengajar+ROS di SMK(L) methodist sentul...xsangka pula dah 79 hari aku da berulang alik ke sekolah ni...ini bermakna ada lagi seminggu untuk aku terus menghabiskan baki2 masa yang ada bersama pelajar2ku yang disayangi...sebut saja perkataan "sayang" acapkali juga aku gunakan perkataan ini semenjak aku mengajar disini...hee...tahla ada pelajarku yang suka aku menyebut perkataan sayang tu....sememangnya untuk menjadi seorang guru yang baik bukanlah perkara mudah...sepanjang tempoh menjadi guru baru aku sedar bahawa aku belum cukup bagus dan perlu banyak belajar...seorang guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu yang hendak diajar...tetapi paling utama seorang guru perlu menguasai pelajar dahulu...aku rasakan sungguh ralat kerana aku belum boleh menguasai pelajarku...mungkin salah satu sebabnya adalah dari kesilapan diriku dahulu..aku sedaya upaya nak menarik minat pelajar agar suka akan apa yang aku sampaikan meskipun subjek itu sukar bagi mereka..mungkin aku belum cukup hebat sepertimana guru pembimbingku kak Ruzita...dan seboleh-bolehnya aku mahu jadikan beliau sumber inspirasiku...kadang2 terdetik dalam hati alangkah bertuahnya pelajar MBS sebab adanya guru macam kak Ita...kadang2 aku juga rasa patah semangat bila ada segelintir pelajar yang selalu mengganggu waktu pnp...ikutkan hati xmahu aku teruskan mengajar sekiranya mereka masih bermain...tapi memikirkan pelajar lain yang mahu belajar aku buang perasaan kecil hari tu jauh2...ya...pernah 1 hari aku terkeluar 1 perkataan yang xpatut seorang guru keluarkan...kata2 yang keluar dari mulut seorang guru adalah DOA....ya Allah...aku terlalu marahkan seorang pelajar sehingga mengatakan dia bodoh...memang aku menyesal keluarkan perkataan sebegitu.. aku xnak pelajar aku bodoh...aku tarik balik kata2 tu...dah jadi cikgu baru aku sedar bahawa kecewanya seorang guru sekiranya ajaran yang disampikan selama ini umpama mencurah air didaun keladi..masuk telinga kiri keluar telinga kanan..pelajar2 xambil serius...padahal cikgu dah berusaha mencari insiatif agar pelajar2nya dapat memahami isi pengajaran dengan mudah...tapi xpe...cikgu xboleh mengalah dengan budak...mungkin 1 hari nanti baru mereka sedar mengapa kita lakukan semua ini...